Sunday, July 12

Resepi Biskut Cornflakes




Biskut Cornflakes 

Hari Raya tanpa biskut seperti Hari Raya tanpa baju raya. 
Tapi ada yang merungut biskut beli rasanya berbeza. tumblr_m3wh4uj7lS1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh4uj7lS1qdlkyg.gif (20×20)
Mahal sudah tentulah, sebab barang semua dah ada GST. Tapi bergantung juga kepada bahan biskut.
Jika ringkas bahan, maka murah la biskut tu tumblr_m7eg6xl0TB1qdlkyg.gif (20×20) .
Kalau mcm mas, tiap tiap tahun mesti kewajipan buat. Sebab kepuasan membuat biskut itu nikmat. 
Boleh decorate , boleh buat pelbagai bentuk. tumblr_m7eg8inMIc1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m7eg8inMIc1qdlkyg.gif (20×20)
So hari ni mas nak share resepi biskut corn flakes yang menjadi kemestian setiap kali Raya!


Resepi  (2 Balang)
1 Biji telur
1/2 cawan gula (Blend hancur)
1 cawan marjerin
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan tepung jagung
1  1/2 cawan tepung gandum.
1 kotak corn flakes
Cherry dipotong dadu untuk hiasan

Cara-caranya:
1) Masukan kesemua bahan ke dalam 1 besen. tumblr_m7eg70w16n1qdlkyg.gif (20×20)


2) Uli & Gaul sehingga semua bahan rata. Pastikan doh /adunan tadi sebati.
Tak perlu guna mesin pemukul.

3) Masukan cornflakes yang telah diramas kecil.
Jangan ramas sehingga terlalu hancur,kerana ia akan membuat biskut kurang rasa Cornflakes


4) Lepas itu bulat kan dan masuk kan ke dalam mangkuk kecil mcm gambar di bawah.
Terpulang dekat korang kalau nak pakai mangkuk mcm mas tu ke atau buat bentuk lain. tumblr_m3wh2fBCJI1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh2fBCJI1qdlkyg.gif (20×20)

5) Hias cherry yabg telah dipotong dadu di atas biskut untuk menambahkan seri.
cherry juga boleh diganti dengan hiasan lain. Contohnya coklat rice.
Tapi, mas x guna coklat rice sebab mas nak rasa asli corn flakes. Tak nak rasa coklat. HeHe ;-)


Mudah je kan biskut Cornflakes ni. Ini adalah resepi Bonda  tumblr_m3wgx3Tp4c1qdlkyg.gif (20×20)
Siap & Selamat Mencuba! tumblr_m3wgx3Tp4c1qdlkyg.gif (20×20) 


Resepi Biskut Sarang Semut Gebu

Biskut Sarang Semut Gebu  Bahan-bahan- 1 Biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan mentega 1/2 cawan tepung kastard 1/2 cawan tepun...