Baking Soda Untuk Kecantikan
Bila cakap pasal baking soda, mesti ada yang terbayang Kek, Biskut, Kueh Muih kan.
HeHe.
Sebenarnya Baking soda mempunyai manfaat tersendiri utk kecantikan yang sesuai dipakai oleh semua peringat umur.
Baking soda boleh di dapati di pasaraya dengan harga RM 1.40 sahaja.
Jom tengok apa manfaat Baking soda utk kecantikan
Tak rugi mencuba. Semoga menjadi manfaat bersama!
Komen jika rasa Entry ini memberi manfaat.
HeHe.
Sebenarnya Baking soda mempunyai manfaat tersendiri utk kecantikan yang sesuai dipakai oleh semua peringat umur.
Baking soda boleh di dapati di pasaraya dengan harga RM 1.40 sahaja.
Jom tengok apa manfaat Baking soda utk kecantikan
Baking Soda
Baking soda boleh dijadikan sebagai Scrub Muka. | Mengatasi masalah wajah berminyak
Caranya : Baking soda + Limau purut
Campurkan kedua bahan di atas lalu sapu dimuka,jadikan sebagai Scrub.
Sapu dari arah bawah ke atas (dari mulut ke dahi). Ini kerana ia akan lebih effectif dalam membantu membersihkan pori pori tersumbat.
Selepas 15 minit, boleh la basuh.
Menghilangkan jerawat degil.
Caranya : Baking soda + Madu.
Campurkan ke dua bahan ini dan jadi kan sebagai Masker.
Sapu di muka & biarkan selama 15 minit. Kemudian boleh la bilas menggunakan air.
Merawat & mencantikan kuku | Memulihkan kulit tumit yang pecah @ kasar akibat kering. | Penghalus kulit kaki.
Caranya : Baking soda + Air
Campurkan kedua bahan di atas, rendamkan kaki dalam air selama 30minit.
Menghilangkan kesan hitam akibat jerawat di muka.| Membuang sel sel kulit mati di muka.
Caranya : Baking soda + Air
Campurkan kedua bahan di atas, sapu kan di muka selama 15 minit . Kemudian boleh la bilas menggunakan air.
Mencerahkan kulit wajah.
Caranya : Baking soda + Limau purut + Beberapa titis minyak zaitun.
Campurkan kedua bahan di atas lalu sapu dimuka,jadikan sebagai Scrub. Kalau tak ada minyak zaitun pun tak apa. Tapi kalau ada lagi lah bagus. Selepas 15 minit, boleh la basuh.
Komen jika rasa Entry ini memberi manfaat.