Majlis berbuka puasa 2015 di De Palma Hotel Ampang. Kali ini, De Palma memilih Style Ala Kampung Menu di mana semua menu makanan melayu & menu tradisi ala ala Raya.
Alhamdulillah rezeki bulan puasa, company support untuk semua staff & spouse berbuka puasa.
Dewasa RM 75.00 NET
Kanak kanak (6-11tahun) RM 45.00 NET.
Kami ada 32 orang dewasa dan 6 orang kanak kanak.
Total Rm 2670.00
Antara hidangan yang menjadi santapan mas pada malam Iftar tu adalah Air Batu Campur.
Ha yang ini kita boleh campur apa saja ikut suka.
Red Bean | Nata di coco | Nenas | Coco crunch | Asam pelbagai warna | Agar Agar
& macam macam lagi. Fuh..
& macam macam lagi. Fuh..
Janji jangan membazir tak habis ye.
Selain itu, tidak ketinggalan buah buahan untuk fresh kan tekak yang kehausan.
Campur saja buah apa yang kita nak. Gaul gaulkan dengan bijan sikit kalau nak rs kelainan. HeHe.
Di satu corner ni ada seorang makcik sedang menggoreng cempedak, sukun & goreng pisang.
Fuh bila dia goreng Cempedak, semerbak bau harum!
Jom serbu!
Tak berhenti makan cempedak ni. Berulang ulang ambil. Sebab masih panas panas dan rangup. Memang marbeles sangat.
Ini pula bahagian Roti Jala. Comel comel je roti jala nya tau.
Kami makan cecah dengan bubur durian
Kami makan cecah dengan bubur durian
Fav durian~. Sebalh Roti Jala & Bubur Durian, ada Roti John Daging n Ayam.
Mas makan 3 potong Roti John je Nyum Nyum
Western Corner.Hulala~
Fish n Chip | Fun fries | Fried Ball | Nugget
Nak tunggu fish n chip kena beratur sebabnya sangat ramai orang Malaysia ni yang suka western food even bulan puasa ni
Mas beratur and Finally! dapat merasa juga.
Mee & Mee Hoon Corner.
Di sebabkan mas dah makan banyak sangat menu Fav, jadi dah full and tak boleh dah nak masuk Mee/Mee Hoon Sup. Tapi tak pe, sbb tak fav sangat mee n mee hoon sup. Huhu
Di kesibukan nak berbuka, sempat lagi berselfie dengan Datuk Jalaludin Hassan yang tak lekang senyuman sepanjang bersemuka.
Bila tengok muka Datuk Jalaludin Hassan, teringat Arwah ayah yang telah lama meninggalkan kami.
Muka ayah saling tak tumpah dengan Datuk Jalaludin Hassan. Kembar seiras.
Get ready nk berbuka puasa. Jom main handphone dulu. HaHa
Memang best la berbuka puasa di De Palma ni. Meriah dengan suasana beraya!
Salam Ramadhan & Selamat Berbuka puasa dr saya.
**Terima kasih visit BloG saya, senang senang datang lagi ye. Comment di bawah jika anda rasa BloG saya memberi manfaat. Thanks :-*
Salam Ramadhan & Selamat Berbuka puasa dr saya.
**Terima kasih visit BloG saya, senang senang datang lagi ye. Comment di bawah jika anda rasa BloG saya memberi manfaat. Thanks :-*