Wednesday, December 30

Tahun Baru Dan Azam Baru 2016




Pejam celik Pejam celik, lagi beberapa jam kita akan masuk ke tahun 2016.
Maka bermula la azam baru, Umur baru  tumblr_m3wh6j6Cnv1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh6j6Cnv1qdlkyg.gif (20×20)  rasa tua! 

Jangan kecewa sekiranya azam 2015 kita tidak tercapai. 
Kita kenalah lebih berusaha  tumblr_m89lslxjTr1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89lslxjTr1qdlkyg.gif (20×20)
Kenangan lepas kita jadi kan ingatan terbaik yang pernah kita lalui. 
Manakala pengajaran kita jadikan tauladan di masa hadapan untuk kita. 
Insya Allah kita akan lebih berjaya.
Apa itu azam? Azam itu adalah keinginan / kehendak / kemahuan/ cita-cita  yang ingin kita perolehi. Dan kita perlu lah bersungguh sungguh untuk menjadikan nya realiti.
Azam adalah penting kerana ia mengajar kita untuk mengejar kita erti keinginan dalam kehidupan kita.


Apa azam korang 2016?
Apa kata kita senaraikan 10 azam 2016 korang di sehelai kertas.

1. Nak simpan 1/3 gaji stiap bulan. 
2. Nak ambil lesen kereta.
3. Nak beli rantai emas
4. Nak melancong ke tempat yang berpantai.
5. Nak beli jam kulit
6. Nak beli rumah bernilai RM 150k sebagai Investment.
7. Nak beli kereta MYVI
8.Nak belajar course Marketing & Management
9.Nak jadi lebih feminin
10.Nak kehidupan lebih sihat & cantik, so kena cari supplement.

Ini contoh2 azam. tapi bukan azam I. HeHeHeHe
Semoga tahun 2016 ini lebih memberi erti yang bermakna buat kita semua &
semoga Ianya akan menjadi tahun yang Sucess buat semua orang.
Amin.  tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m3wgwf98QI1qdlkyg.gif (20×20)

terima kasih daun keladi sebab sudi baca entry kita tumblr_m3wh6j6Cnv1qdlkyg.gif (20×20)

Tuesday, December 15

Tips Si Mata 4


Jangan sangka golongan remaja yang berkaca mata bebas daripada memelihara kesihatan mata. Sebenarnya anda juga tidak terkecuali melakukannya. Anda juga perlu ingat mata juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk penglihatan lebih baik.





Jangan membaca terlalu lama
Membaca adalah satu budaya yang ,baik tetapi jika tumpuan langsung tidak dialihkan kepada perkara lain dalam tempoh dua ke tiga jam, ia bukanlah tindakan yang sihat. Penulis nasihatkan anda mengambil masa untuk berehat sekitar 10 hingga 15 minit bagi mengelakkan mata menjadi penat.





Kawal tahap kolesterol
Remaja perlu peka bahawa tekanan darah yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan mata cepat rosak. Jadi, mulai sekarang mulalah mengawal tahap kolesterol dalam darah bagi mengelak masalah yang lebih berbahaya. Mungkin sebelum ini kolesterol banyak dikaitkan dengan masalah jantung saja, tetapi realitinya, ia juga mampu memberi kesan buruk terhadap penglihatan mata kita.





Jauhkan mata daripada objek tajam
Jangan sesekali mencuba mendekatkan objek yang tajam dan runcing pada mata anda. Mungkin tanpa disedari, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mata meskipun langkah pencegahan telah diambil terlebih dahulu. Ingat, mata yang terluka memang payah untuk disembuhkan dan kemungkinan boleh menyebabkan buta.



Elak membaca ketika kenderaan bergerak
Pernahkan anda berasa pening atau loya apabila membaca di dalam kenderaan yang bergerak? Kebanyakan remaja gemar membaca novel di dalam kenderaan apatah lagi jika perlu melalui perjalanan yang jauh. Sebenarnya, ia adalah kesan mata tidak sesuai dengan tugas yang berat seperti itu.
Sebaik-baiknya penulis nasihatkan anda memberi ruang kepada mata untuk berehat dan memberi tumpuan kepada tumbuhan hijau. Ini adalah terapi yang baik untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kita.




Lakukan pemeriksaan mata
Rajinkan diri melakukan pemeriksaan mata setidak-tidaknya sekali dalam tempoh setahun. Cara ini adalah bertujuan menjaga kesihatan mata sekali gus mengesan pertambahan ‘power’ pada kaca mata atau kanta lekap yang digunakan pada waktu itu.


-sumber berita harian metro-

Resepi Biskut Sarang Semut Gebu

Biskut Sarang Semut Gebu  Bahan-bahan- 1 Biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan mentega 1/2 cawan tepung kastard 1/2 cawan tepun...