Tuesday, December 15

Tips Si Mata 4


Jangan sangka golongan remaja yang berkaca mata bebas daripada memelihara kesihatan mata. Sebenarnya anda juga tidak terkecuali melakukannya. Anda juga perlu ingat mata juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk penglihatan lebih baik.





Jangan membaca terlalu lama
Membaca adalah satu budaya yang ,baik tetapi jika tumpuan langsung tidak dialihkan kepada perkara lain dalam tempoh dua ke tiga jam, ia bukanlah tindakan yang sihat. Penulis nasihatkan anda mengambil masa untuk berehat sekitar 10 hingga 15 minit bagi mengelakkan mata menjadi penat.





Kawal tahap kolesterol
Remaja perlu peka bahawa tekanan darah yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan mata cepat rosak. Jadi, mulai sekarang mulalah mengawal tahap kolesterol dalam darah bagi mengelak masalah yang lebih berbahaya. Mungkin sebelum ini kolesterol banyak dikaitkan dengan masalah jantung saja, tetapi realitinya, ia juga mampu memberi kesan buruk terhadap penglihatan mata kita.





Jauhkan mata daripada objek tajam
Jangan sesekali mencuba mendekatkan objek yang tajam dan runcing pada mata anda. Mungkin tanpa disedari, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mata meskipun langkah pencegahan telah diambil terlebih dahulu. Ingat, mata yang terluka memang payah untuk disembuhkan dan kemungkinan boleh menyebabkan buta.



Elak membaca ketika kenderaan bergerak
Pernahkan anda berasa pening atau loya apabila membaca di dalam kenderaan yang bergerak? Kebanyakan remaja gemar membaca novel di dalam kenderaan apatah lagi jika perlu melalui perjalanan yang jauh. Sebenarnya, ia adalah kesan mata tidak sesuai dengan tugas yang berat seperti itu.
Sebaik-baiknya penulis nasihatkan anda memberi ruang kepada mata untuk berehat dan memberi tumpuan kepada tumbuhan hijau. Ini adalah terapi yang baik untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kita.




Lakukan pemeriksaan mata
Rajinkan diri melakukan pemeriksaan mata setidak-tidaknya sekali dalam tempoh setahun. Cara ini adalah bertujuan menjaga kesihatan mata sekali gus mengesan pertambahan ‘power’ pada kaca mata atau kanta lekap yang digunakan pada waktu itu.


-sumber berita harian metro-

Resepi Biskut Sarang Semut Gebu

Biskut Sarang Semut Gebu  Bahan-bahan- 1 Biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan mentega 1/2 cawan tepung kastard 1/2 cawan tepun...