Tuesday, July 28

Tips menyimpan duit walaupun tak banyak



Tips menyimpan duit walau pun tak banyak. tumblr_m3wh54ZKYk1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh54ZKYk1qdlkyg.gif (20×20)





1) Hapuskan hutang. tumblr_m3wh6fsRXs1qdlkyg.gif (20×20)
Anda mesti selesaikan hutang terlebih dahulu. Tak kira la hutang kecil atau hutang besar.

Senaraikan setiap hutang anda di kertas dan kira jumlah nya. Ini kerana menyelesaikan hutang yang sekeliling pinggang dapat mempercepatkan proses menyimpan duit.

Lagi cepat anda selesaikan hutang, lagi depat duit dapat di simpan tanpa kerisauan hutang lagi.







2) Fikirkan berapa banyak duit yang boleh anda simpan. tumblr_m7eg7z2UmN1qdlkyg.gif (20×20)

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda dapat gaji untuk capai matlamat penyimpanan duit anda.

Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakn duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakn simpanan harian anda.

Jangan tangguh tangguh lagi untuk start menyimpan duit hari ini juga.

Sebagai contoh gaji anda RM 1500. Anda kena ambil
1/3 dari gaji untuk simpanan. Sekiranya tanggungan sara hidup anda lebih tinggi, tidak salah sekiranya anda menyimlan RM 100 setiap kali gaji.
Sebulan Rm 100
Setahun Rm 1200
2 tahun Rm 2400
3 tahun Rm 3600

Hanya perlu bermula dgn Rm 100. Now or Never!







3) Cari bank yang boleh mendatangkan Dividen/ faedah keuntungan kepada anda. tumblr_m3wh46zpLx1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh46zpLx1qdlkyg.gif (20×20)
Contohnya ASB. Asb adalah "Amanah Saham Bumiputra". Dimana setiap simpanan yang anda buat di ASB, anda akan mendapat dividen 7% dari jumlah keseluruhan simpanan anda.

% dividen pula tidak selalunya 7%. kadang kala turun 6%. kadangkala naik 8%. Anda boleh check dgn mana mana bank utk % dividen.

Tapi kalau 6% sekali pun, anda tetap tidak rugi. Siapa nak bagi duit free free kan. Tapi ASB bagi. HeHe.

Contoh: Anda buat simpanan di ASB sebanyak
RM 10,000.

Dividen pada setiap Januari adalah 7% dari Rm 10,000. Jadi rm 700(Anggaran kasar).
**Untuk keterangan lanjut anda bole hubungi Bank berdekatan ye.

Selain itu anda juga boleh cuba di Bank Rakyat. tumblr_m3wh46zpLx1qdlkyg.gif (20×20)







4) Letak duit dalam balang masing masing. tumblr_m4tts9o8QD1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m4tts9o8QD1qdlkyg.gif (20×20)

Letakan duit dalam balang masing masing. contohnya duit kereta letak dlm balang duit kereta.
Duit elektrik letak dalam balang elektrik.
Duit belanja bulanan letak dlm balang belanja.

Mesti anda dapat tengok betapa cepatnya duit anda mengalir macam air.







5) Hindari / Berhenti menggunakan Kredit Kad. tumblr_m3wh4nDoVD1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh4nDoVD1qdlkyg.gif (20×20)
Kredit kad boleh digunakan sekiranya anda tahu menggunakan nya dengan bijak.
Contoh nya gunakan utk pembelian yang menjanjikan penjimatkan sehingga 15-20% atau pun lebih.

PASTIKAN anda membayar kad kredit setelah menggunakan nya.Kelewatan membayar kad kredit akan dikenakan caj faedah.

Selain itu PASTIKAN anda tidak menggunakan kad kredit melebihi had limit. Pantau jumlah penggunaan anda bagi mengelakan caj lain.

Sbb itu ramai yang lebih berhati hati dan tidak memanjakan diri dengan memiliki kad kredit. Penggunaan kad kredit tidak salah tapi cara menggunakan nya kemungkinan akan menjadi bebanan sekiranya anda tidak mengambil tahu terms n conditions.






6) Kepentingan atau Kemahuan tumblr_m7eg74mUYK1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m4ttsnWIaE1qdlkyg.gif (20×20)

Bezakan antara kepentingan (Priority) atau keinginan (Want) .Bolehkah..??

1-Bolehkan anda berpindah dari rumah kos tinggi kepada kos rendah @ sewanya lebih murah berbanding sekarang? Disini anda dapat berjimat rm100/200

2-Bolehkah anda berhenti membeli Mol rm 30/50/100 ntuk kegunaan Game online?

3-Bolehkah anda menonton tv tanpa melanggan Channel yang berbayar (Astro) yang kos nya sehingga RM 100 sebulan

4-Bolehkah anda berhenti makan di luar. Masak di rumah. sekiranya makan tengahari diluar kos 2 org anggaran rm15. Rm 15 x 30 hari = Rm 450.
belum lagi makan malam?

5-Bolehkah anda berhenti menggunakan telefon rumah Sebaliknya menggunakan telefon bimbit (HP) dan berhubung dengan semua kenalan , sanak saudara dengan Apps yang ada contoh nya Skype, Whtsapp, Facebook dan etc.

6-Bolehkah anda menjimatkan petrol @ tidak menggunakan mereta utk jarak yang dekat.

7-Bolehkah anda menjimatkan penggunaan elektrik dan dengan cara menutup plug/ tv/ radio apabila tidak digunakan. Kurangkan aktiviti menonton tv. Begitu juga dengan air. Jimatkan penggunaan air.

8-Bagaimana dgn pengunaan kupon / voucher untuk penjimatan berganda.

9-Bolehkah anda berbelanja @ membeli bahan makanan untuk bekalan berpanjangan bagi mengelakkan kerap keluar.

10-Bolehkah anda membasuh baju sendiri tanpa menghantar ke dobi. tumblr_m4ttsnWIaE1qdlkyg.gif (20×20)





7) Jadikan duit Rm5 hijau sebagai musuh. tumblr_m3wh4c3aGu1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m3wh4c3aGu1qdlkyg.gif (20×20)
Setiap kali jumpa duit rm 5 hijau je jadikan duit ini sebagai cinta hati. Cinta hati tak boleh digunakan. Jadi simpan di dalam tin simpanan.

Petua menyimpan kali ni sngat sukses sebabnya anda bukan nya jumpa duit rm5 ni selalu. Jadi kalau sekali masuk dalam tin simpanan tidak la terasa kehilangan sangat.
Admin pun buat cara ni dah lama dh.Alhamdulillah sukses. tumblr_m3wh4c3aGu1qdlkyg.gif (20×20)







8) Simpan duit raya. tumblr_m4tts3SHUZ1qdlkyg.gif (20×20)
Kalau dulu kecik kecik, mak ayah kita akan simpan duit raya kan. Tapi start umur 11/12 tahun kita dah start nak pegang duit raya sendiri.

Simpam duit raya anda. Kebiasaan nya selagi belum kerja anda akan dapat duit raya, kdang kadang tu sehingga Rm 200, 300 kan. Simpan duit raya tu sebabnya bila dewasa kita tidak akan dapat duit raya lagi.
Umur 11 tahun - 19tahun : 8 tahun x rm200 = rm1600.






9) Agihkan Gaji. tumblr_m4tts3SHUZ1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m4tts3SHUZ1qdlkyg.gif (20×20)
Sebaik sahaja anda tahu gaji masuk,jangan terus cucuk kad dekat mesin Atm dan pegi shopping.
Sangat berbahaya!

Contohnya Gaji anda Rm 1500:
Kereta rm 400
rumah rm500
loan ASB rm 200
belanja sebulan rm 400.

Asingkan duit mengikut kategori di atas. Labelkan kegunaan duit di kertas kecil & kepil kan bersama sama duit.

Duit belanja rm400 tu agihkan kepada 4 minggu.
jadi seminggu hanya boleh guna rm 100.

Mudahkan?

Semoga tips tips di atas dapat membantu anda merancang kewangan & menyimpan duit walaupun sikit. tumblr_m7eg74mUYK1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m7eg74mUYK1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m7eg74mUYK1qdlkyg.gif (20×20)~ Sau cinci

Resepi Biskut Sarang Semut Gebu

Biskut Sarang Semut Gebu  Bahan-bahan- 1 Biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan mentega 1/2 cawan tepung kastard 1/2 cawan tepun...