Cotton Soft Japanese Cheese Cake
Favourite kek ni!
Dah lama betul teringin nak buat Cotton Soft Japanese Cheese Cake nie tapi asyik tak berkesempatan je. Hope tahun ni menjadi la kek ni. Sebab sangat gebu dan ber cheese.
Bahan-bahan (saya guna loyang round 8 inci)
Bahan A
250g cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur (saiz A)
1 sudu besar jus lemon
1/4 sk garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung
Bahan B
140 gula (guna je guna biasa atau gula kastor)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon
Cara-cara
Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese.
Asingkan telur kuing dan telur putih. Seboleh-bolehnya jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih tu. Telur putih letak dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Dan kemudian tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja).
Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Pastikan sampai bertanduk, kalau tidak kek anda akan bantat okeh. Lama pun takpe sebab memang kena bertanduk.
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu dan kacau smpai sebati.
Hasil selepas dikacau sebati menggunakan spatula |
Sediakan loyang kek yg bulat berukuran 8 inci. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kira-kira sejam (saya memang bakar 60 minit) dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C/325 degrees F. Gunakan rak membakar yang agak bawah. Untuk informasi mengenai kaedah waterbath ini, sila klik sini.
kek baru masuk oven |
Kek selepas sejam |
Hasilnya:
Masih dalam loyang |
Dah keluar loyang |
Selepas tu kena sejukkan kek barulah boleh buat topping. kalau buat topping cream cheese, bahan-bahannya seperti di bawah:
120gm cream cheese
60gm butter
60 gm gula aising
Putar je semua bahan tu sampai sebati.
Selepas tu sapu dengan berhati-hati atas kek. Kek ni lembut tau, tak boleh kasar-kasar.
buat garisan guna garfu je |
Pastu taburkan kepingan badam yang telah digoreng tanpa minyak. Lepas tu simpan semula dalam peti sejuk sehingga anda nak makan kek ni.
Dan waktu untuk potong kek.
Dan ini nota tambahan dari Alma My Resepi untuk kaedah membalut loyang semasa nak bakar kek:
Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
credit to emiliablogspot