Monday, January 4

ASB Dividen & Bonus


Apakah Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

ASB telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 untuk semua Bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternative bagi Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur. Oleh itu, ASB telah direkakan sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap di mana harga seunit untuk dana itu ditetapkan pada RM1.00 serta tiada caj jualan dan yuran penebusan unit dikenakan.
ASB mempunyai had input sehingga RM200, 000 di mana pelabur hanya boleh meningkatkan jumlah pelaburan mereka sehingga had input itu. Walau bagaimanapun, dana ini tidak mempunyai had atas nilai akaun. Oleh itu, perolehan modal yang disimpan dalam akaun ASB adalah dibenarkan untuk menyebabkan jumlah dalam akaun melebihi RM200, 000. Pelabur adalah bebas untuk menentukan jumlah untuk melabur pada bila-bila masa sahaja, serta boleh top-up atau melanggan unit tambahan melalui agen ASB berkenaan. tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20)

Dimana untuk membeli Dana ASB

Terdapat dua jenis ejen yang diberi kuasa di mana anda boleh membeli ASB – Bank dan Bukan Bank. Ejen bank untuk dana ASB adalah:
  1. Maybank
  2. RHB
  3. CIMB
  4. AffinBank


Bagi yang telah mempunyai Dana ASB, untuk tahun 2015 DIviden & Bonus ASB akan keluar pada 4 Januari 2016 dengan kadar dividen RM 7.25 sen seunit dan bonus RM 0.50 sen bagi tahun kewangan yang berakhir 31 disember 2015. So korang boleh keluarkan bonus & dividen pada 4 januari 2016 untuk bayaran penuh bulanan pinjaman ASB. (bagi yang membuat kaedah pinjaman melalui bank). 


Mari fahamkan konsep ASB tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20)

Sebelum kita mulakan, perlu saya terangkan sekali lagi bahawa dividen ASB dikira secara Pro Rate iaitu dikira berasingan setiap bulan. Maksudnya, umum tahun pada bulan Disember setiap tahun, urusniaga akandibekukan dan akan diumumkan dividen yang akan didapati pada tahun tersebut. Jika saya mulakan asb loan saya pada bulan November...saya tidak akan dapat penuh dividen 7.5%!  Kalau saya buat asb loan RM100K, saya tak dapat dividen 7500 pada bulan disember tersebut. Ini kerana apabila disebut Pro Rate, kita akan mengira dividen kira dengan cara = (2/12) X 7/5% X 100000 = RM2000 sahaja. (mula bayar Nov hingga Disember bermaksud hanya 2 bulan, jadi 2/12). 

Kalaulah kita mula bayar loan sejak januari hingga disember(12 bulan penuh), pengiraannya = (12/12) X 7.5% X 100000 = 7500.00 penuh ye.

Oleh yang demikian, bermaksud...mula bila bila pun sama sahaja. Cuma jika anda nak timing untuk kiraan penuh, anda perlu mula pada atau sebelum Januari.


Pengagihan Pendapatan ASB 
tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20)tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20)
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2015:-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 2015 hingga Disember 2015 x KADAR
12 Bulan

•BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan (sebelum 25hb)

•Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2015sehingga Disember, 2015 (12 bulan).


•Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.

•Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


Pengiraan Bonus ASB 

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2015:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2015 x KADAR
120 Bulan

•BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan (sebelum 25hb)

•Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2006 hingga Disember 2015 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.

•Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.


Semoga entry sy dapat membantu korang tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20) tumblr_m89rmgNKhs1qdlkyg.gif (20×20). ~Fin 

Resepi Biskut Sarang Semut Gebu

Biskut Sarang Semut Gebu  Bahan-bahan- 1 Biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan mentega 1/2 cawan tepung kastard 1/2 cawan tepun...