Sesuai dijadikan santapan sarapan pagi, sebab Roti Gulung Sosej ni mudah & cepat.
Resepi nya: (12 Roti Gulung Sosej)
1 Buku Roti
12 Sosej (Apa apa brand)
2 Telur
Serbuk Roti
Cara- caranya:
1) Mula mula sekali, lenyek kan roti sampai padat.
Tujuan nya untuk mengelakan roti menyerap minyak.
2) Letakan Sosej di dalam & gulungkan dengan ketat/padat.
3) Potongkan kepada 2 seperti gambar di atas. Senang makan. Sbb kalau panjang panjang kang dah kenyang separuh lagi selalunya akan di buang kan. Terutama budak budak. HeHe
4) Kacaukan telur menggunakan sudu dalam mangkuk. Celupkan roti yang bergulung sosej tadi ke dalam bancuhan telur.
5) Selepas itu golekan terus ke serbuk roti, dengan segera mengelakan serbuk roti tak melekat dengan roti apabila telur di permukaan roti kering.
Serbuk roti boleh di dapati di kedai kedai bahan buat kek @ pasaraya. Sepeket dalam RM7.
6) Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan & angkat. Jangan terlalu lama, sebab serbuk roti bila di lama goreng akan nampak coklat dan mengurangkan daya penarik tu.
Selamat Mencuba~
Terima kasih sebab sudi visit & baca entry ni.